Semalam merupakan antara hari yang meninggalkan kesan dalam diri aku.
"Hari ni merupakan hari last QUE sebagai official student (insyaAllah) DI SINI."
Kata-kata itu yang pada mulanya aku anggap hanya gurauan kosong tetapi telah membuatkan aku tersentuh jauh di sudut hati kecil ini.
Pelbagai memori terlintas di benak pemikiran ku dengan tidak semena-mena.
Terlalu banyak kenangan yang tercipta DI SINI. Tak terdaya untuk aku huraikan semua. Hanya senyuman sahaja yang mampu diukir.
DI SINI aku membesar.
Benarlah kata-kata Imam Shafie,
" Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kejahilanku" .
Terlalu banyak benda yang aku pelajari DI SINI.
Terima Kasih Thunders.
Untuk segalanya.
abaikan nippl* |
2 comments:
all da bezzz! the future is waiting for u, for all of us.. =D slamat menghabiskan pengajian weh.. =) =)
terima kasih hajar :)
Post a Comment