Follow 'mem'follow budaya yg sihat

Tuesday, October 21, 2014

#KELOMPOKKITA

Assalamualaikum dan salam sore semua... 

pertama sekali, syukur dipanjatkan ke hadrat illahi, kerna dengan izin dan kurniannya dapat saya menulis lagi di ruangan ini...

*macam pengetua sekolah lah pulak..*

gua selalu usha blog gua ni sebenarnya.. tapi gua tak tau nak tulis apa.. setelah lama perati blog yang sudah usang dan bersawang ni, gua bertekad.."akan ku hiasi blog ini dengan coretan manja dan manis..bukan janji, tapi pasti.." 

akhirnya, setelah dikurniakan semangat, gua kembali..

*ayat bajet blogger padu macam hanis zalikha takpun ben ashaari*\

***

hari ni gua nak kongsi tentang KELOMPOK KITA.

Kelompok Kita ni sebenarnya nama yang gua bagi kepada rumah sewa gua selama hampir 4 tahun di seksyen 8 bandar baru bangi. Rumah ini pada asalnya dihuni 9 orang, namun untuk beberapa sebab, seorang ahli Kelompok Kita telah keluar meninggalkan kami 8 orang di sini.

Rumah yang serba sederhana ini, dipenuhi dengan suka duka, riang tawa, pahit maung, madah pujangga, kasih mesra, lapar dahaga, dan sebagainya.

12 oktober 2014 menyaksikan rumah ini secara rasminya diserahkan kepada tuan rumah kedaung iaitu Cik Ilham. segala memori terpahat di hati.

terima kasih kepada semua crew KELOMPOK KITA. 

ketua kelompok : Mr Quiyyum
pen. ketua kelompok 1: Mr. Hakim
pen. ketua kelompok 2: Mr. Izzat
setiausaha: Mr. Fadhli
Pen. setiausaha: Mr Dzafir
bendahari: Mr. Rashidi
pen. bendahari: Mr. Raja
Ajk keselamatan dan keceriaan: Mr. Firdaus

ex-crew: Mr Hozefa

Kelompok Kita juga pernah dihuni oleh:

Mr. Shark
Mr. Shen 

semoga hubungan kita terus berkekalan.. 

Assalamualaikum.


*Cherating 2012*

*Perhentian 2014*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...